Infomasi 

Tahukah anda....? (1)

 

-India adalah pengeluar filem terbesar di dunia. Industeri perfileman India menghasilkan lebih dari 800 filem setahun. Ini bermakna secara puratanya pengeluaran filem adalah 2 buah filem setiap hari.

-Sungai terpanjang di dunia adalah sungai Nil di benua Afrika iaitu sepanjang 6,650 km.

-Pelukis terkenal yang melukis potret Monalisa, Leonardo da Vinci adalah juga pencipta gunting yang kita guna hari ini.

-Stesen jenakuasa atom pertama dibina adalah di Obinsk, Moscow. Ianya mula beroperasi pada tahun 1954.

-Tindakan 'matador' mengibarkan kain merah pada lembunya, membuatkan kita menyangkakan lembu kenal akan warna merah itu. Ramai juga mengatakan lembukan akan mengejar objek bewarna merah. Sebenarnya lembu adalah haiwan yang buta warna.

-Kura-kura dan penyu adalah spesis haiwan yang mempunyai jangka hayat paling lama yang masih ada hingga hari ini. Purata tempoh hayat mereka adalah 150 tahun.

-Berhati-hati jika anda di negara Albania kerana di sana, menganggukkan kepala membawa erti 'TIDAK'. Manakala menggelengkan kepala pula ertinya 'YA'.

-Isaac Newton  terkenal dengan hukum graviti. Hukum graviti ini ditemuinya ketika beliau berusia hanya 23 tahun.

-Napoleon Banaparte, adalah seorang pahlawan terkenal. Tetapi beliau mengidap fobia, iaitu 'ailuophobia' (takut pada kucing).

-Jika salur darah seorang manusia dewasa disambung, ia akan menjadi sepanjang 96,000 km.

-Benua Antartika, terdiri daripada 98% air beku dan cuma 2% batu pejal. Air membeku menjadi daratan adalah setebal lebih 2 meter.

-Tubuh manusia mempunyai sistem pertahanan semulajadi yang mempertahankan tubuh dari serangan bakteria. Jika sistem pertahan itu langsung tak berfungsi, bakteria dalam perut manusia akan memusnahkan tubuh manusia itu dalam masa 48 jam.

-Jika usus kecil seorang manusia dewasa dibelah dan dicantumkan, ia boleh meliputi keluasan 9.2 meter persegi. 

-Apabila seseorang itu meninggal dunia, deria pendengaranlah yang terakhir sekali hilang. Manakala deria penglihatan adalah deria yang pertama sekali hilang.

-Tubuh manusis menghasilkan 2 juta sel darah merah setiap saat.

-Buruh Mesir yang membina Piramid diberi makan bawang merah setiap hari. Ini kerana mengikut masyarakat mesir purba, bawang merah dapat memberikan kuasa dan tenaga luar biasa.