KEHAMILAN

(....sambungan)

 

Minggu ke 28: Bayi akan terus membesar. Dia sudah mempunyai ciri yang lengkap sebagai manusia, dan jika dilahirkan pada masa ini dia mungkin boleh hidup. Tetapi, memerlukan jagaan khas.  Pada ketika ini kepala bayi akan berada kedudukan agak kebawah. Pergerakannya semakan kerap dan kuat.

                                        

 

Minggu ke 32:   Ibu mungkin mengalami sesak nafas dan selalu hendak kencing kerana tekanan ke atas anggota dalaman ibu. Pergerakannya semakin kuat, sehingga ibu sukar untuk melelapkan mata.

                                               

 

 

Minggu ke 36:  Ruang untuk bayi bergerak semakin kurang, menyebabkan pergerakan bayi akan berkurangan. Kepala bayi akan mula turun masuk ke rongga punggung ibu.  Ibu akan mengalami masalah kerap kencing, pedih ulu hati dan dinasihatkan jangan berdiri terlalu lama. Jika bayi dilahirkan pada ketika ini, peluang untuk hidup adalah cerah.

Minggu ke 38: Kedudukan bayi akan semakin turun ke rongga punggung ibu. Biasanya berat badan ibu akan berkurangan.  Pada masa ini ibu akan merasakan pergerakannya begitu terbatas. Terasa berat menekan ke bawah. Untuk bangun dan duduk amat sukar sekali. Mengalami kesakitan otot punggung dan tulang belakang. Ibu dinasihatkan agar berehat dan tidak membuat kerja terlalu banyak.  Ibu akan berdoa agar cepat melahirkan kerana sukar untuk bertahan dalam keadaan ini.  Di masa ini dan dua minggu akan datang ibu harus bersedia untuk bersalin pada bila-bila masa sahaja.