CERITA

   
 

 

Lawak 1

Seram2: Pelaris   

Lawak 2

Seram1: Rumah Baru

  

 

Rumah Baru

       Aku baru saja dapat kerja baru di bandar K. Oleh kerana rumah aku sekarang jauh dari bandar itu, aku terpaksa mencari sumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja baru aku itu.  Akhirnya aku mendapat rumah yang dicari tak jauh dari tempat kerja aku, di pinggir bandar K.

        Setelah bersetuju dengan syarat dan  kadar sewa yang dikenakan, aku dan isteri ku pun berpindahlah.  Aku masa itu belum ada anak lagi, kami baru sahaja berkahwin.

       Beberapa hari awal kami tinggal di situ, semuanya berjalan dengan baik dan kami hidup penuh bahagia. Hinggalah pada satu malam, semasa kami nak tidur, ada sesuatu yang aneh terjadi. Masa tu aku baru sahaja padamkan lampu. Aku dengar bunyi seperti pinggan berlaga di dapur. Aku buat tak tahu saja sebab, fikir aku mungkin tikus.  Tapi, ia makin menjadi-jadi pulak. “Bang, bunyi apa tu?” tanya isteriku. “Tikus tu agaknya” jawab ku cuba tenangkan isteriku yang agak  takut. Kemudian bunyi seperti pinggan diletak di atas meja. Uh, berderau darah ku. Tak mungkin tikus pulak ni. “Bang, dengar tak? Takkan tikus macam tu bang” Kata isteriku sambil menggenggam erat tangan ku.  Macam-macam bermain dalam kepala ku, bulu roma meremang. Aku bangun dan membuka lampu bilik aku itu. Kami saling berpandangan sambil pasang telinga mendengar bunyi dari dapur tadi. Tapi, kami tak dengar apa-apa lagi selepas itu. Kemudian kami tertidur sampai ke pagi dengan lampu terbuka.

       Pagi esoknya aku bangun dan terus ke dapur. Aku tengok semuanya macam biasa saja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Namun, isteri ku berkeras tak bagi aku pergi kerja kerana takut. Puas juga aku memujuknya, akhirnya dia benarkan juga aku kerja hari tu.  Petangnya aku balik dari kerja, dari jauh lagi aku nampak isteriku tercegak di muka pintu. Mukanya nampak cemas sahaja. Berhenti saja kereta dia terus datang, “Bang, saya tak nak tinggal sini lagi lah” kata isteriku cemas. “Isk, kenapa pula ni?” tanyaku. “Mehh….” Katanya ringkas sambil menarik tangan ku. Aku mengikut sahaja. Isteri aku bawa aku ke daput, kemudian dia membuka pintu dapur. “Bang, tengok ni, macam mana ia boleh berada di sini ni?” Tanya isteriku sambil menunjukkan ke arah sebiji pinggan dan gelas yang berada di tepi longkang. Aku terdiam, aku sendiri pun tak tahu macam mana nak jawab pertanyaan isteri ku tadi. Aku pun turut sama kehairanan, macam mana ia boleh berada di situ.

       Oleh kerana hari itu sudah lewat petang, kami ambil keputusan untuk bermalam di sini untuk satu malam lagi. Malam tu aku buka semua lampu yang ada di dalam rumah itu. Kami tidur pun dalam cerah. Sedang nyenyak tidur aku di kejutkan oleh satu bunyi hentakan seperti pintu ditutup dengan kuat. Dada ku berdebar-debar kerana terperanjat. Isteriku juga terjaga. . Aku pandang jam dinding, pukul 2:15 pagi. Aku bangun dan mengintai keluar dari celah bahagian bawah pintu. Gelap, padahal aku tak tutup pun lampu kat ruang tamu tu. Aku terasa takut pulak untuk buka pintu dan tinjau kat luar, lagipun isteriku melarang aku membuka pintu bilik tu. Kemudian terdengar pula bunyi pinggan seperti malam sebelumnya. Bunyi air seperti orang basuh pinggan dan bunyi pinggan disusun kat atas rak pinggan. Kami cuma mampu mendengar saja bermacam-macam bunyi itu. Tak cukup setakat itu, bunyi itu berpindah ke bahagian ruang tamu pula. Terdengar kerusi, meja dan almari di tarik ke sana dan ke mari. Sesekali terdengar bunyi seperti orang menyapu menggunakan penyapu lidi. Perkara ini berterusan sehingga  masuk waktu subuh. Setelah azan berkumandang dari surau berdekatan, semuanya senyap dan tak ada apa-apa bunyi lagi.

        Paginya didapati susunan perabut di ruang tamu rumah tu dah berubah. Tetapi semuanya nampak kemas. Begitu juga di dapur. Susun atur perabut berubah tetapi, kemas sahaja.

         Malam tu malam terakhir  kami bermalam di sini. Aku telah menghantar isteriku balik ke kampungnya sementara aku mencari rumah lain. Aku pula menumpang rumah kawan aku.           

  DARI: Sinba     (18/07/2002)