CERITA

 

Seram1:Rumah Baru 

Lawak 1

Lawak 2

Seram2: Pelaris

 

 

 

Pelaris    

                   “Ajak kalau ko terus macam ni, lingkop lah perniagaan kau. Kau kena cari pelaris ni” Kata Azman kepada temannya Razak. Tanpa berfikir panjang Razak terima pendapat rakannya itu. Seperti dijanjikan meraka ke rumah tok bomoh untuk mendapatkan pelaris yang dimaksudkan.

                   Setelah selesai urusan dengan bomoh mereka pun pulang bersama. Menaiki motosikal yang ditunggang  oleh Razak. “Ajak, ingat apa pesan tok bomoh tadi” Pesan Azman sebaik sahaja motosikal mula bergerak meredah kegelapan malam. Tok bomoh berpesan agar pelaris yang dibungkus dalam kain kuning itu diperasap dengan kemeyan pada malam Jumaat akan datang.  Serta melarang keras dari membuka bungkusannya, lebih-lebih lagi memegang benda yang terdapat dalam bungkusan itu. Mengikut bomoh tadi dalam bungkusan itu terdapat minyak dagu wanita kena bunuh.

                    Mereka berdua terus meredah kegelapan malam menuju rumah Azman. Mereka terpaksa melalui jalan sempit yang kiri dan kanannya semak samun. Razak terpaksa membawa motor ke kanan dan kekiri, untuk mengelak lopak air dan akar pokok yang timbul di permukaan tanah. Angin bertiup agak kuat, seperti hujan nak turun. Sesampai sahaja mereka disatu kawasan kebun getah, dari jauh Razak ternampak sesuatu di tengah jalan. “Man kau nampak depan tu tak?” Tanya Razak kepada temannya.  “Ya, apa tu hah?” Balas Azman. Dari jauh mereka nampak satu lembaga memakai pakaian tidur warna putih. Rambutnya panjang, berterbangan ditiup angin. Pakaian yang dipakai juga melambai-lambai ditiup angin. Mereka makin dekat, namun lembaga tadi masih tak berganjak dari tengah jalan. Terdengar juga bunyi perempuan menangis…. Sayup-sayup. “Man, kita teruskan saja Man. Mungkin perasaan kita saja” Kata Razak sambil memecut motosikal lebih laju. Akar-akar pokok diredah, melambung-lambung motosikal dibuatnya. Makin dekat, makin kuat suara tangisan. “Kita rempuh saja Man” Kata Razak bila sampai betul-betul depan lembaga tadi. Bila dirempuh sahaja lembaga tadi hilang bersama suara tangisan.

                        Mereka terdiam, tanpa sebarang kata sehingga sampai di rumah Azman. “Man, aku tumpang tidur rumah kau lah. Takut lah nak lalu jalan tadi” Pinta Razak kepada rakannya. “ Baiklah, Ajak…. Aku pun rasa lain macam saja ni” Balas Azman.

Selang beberapa ketika selepas mereka masuk dalam rumah, mereka terdengar bunyi tangisan tadi. Suaranya sayup-sayup dan semakin hampir bunyinya. “Alamak, Man… dia datang lagi lah” ujar Razak. Mereka terdiam, bulu roma meremang, seram sejuk jadinya. Terdengar tangisan terlalu dekat sekarang. Kemudian dengan tiba-tiba ia terhenti. Sejurus kemudian bunyi macam dinding rumah dicakar-cakar dengan kasar. Bunyi tangisan dan cakaran dinding silih berganti, kadang-kadang pintu rumah ditolak dari luar. Bunyi itu membuatkan Razak dan Azman tak dapat tidur semalaman, ia  berhenti hanya setelah kedengaran azan subuh dari surau berdekatan.

                             Keesokan paginya, bergegas meraka berdua ke kawasan kebun getah di mana meraka jumpa lembaga wanita malam tadi.  Menurut cerita penoreh getah yang mereka tanya, memang ada orang yang pernah ternampak lembaga perempuan berkeliaran di kawasan kebun getah itu. Menurut cerita penoreh tu lagi, dulu ada seorang perempuan mati dibunuh setelah dirogol dan ditinggalkan di tepi kebun itu.

                               Satu perkara yang bermain difikiran Razak dan Azman, mungkin kah minyak dagu yang tok bomoh berikan itu ada kaitan dengan perempuan yang menggangu mereka semalaman………..??     

DARI:  azuri2c webmaster  (17/07/2002)