KEHAMILAN
Tanda-tanda awal kehamilan
![]() | Kurang selera makan |
![]() | Mudah rasa penat |
![]() | Sering pening-pening |
![]() | Selalu rasa mual dan hendak muntah |
![]() | Haid terhenti |
![]() | Selalu rasa mengantuk |
Perkembangan Embrio/bayi dalam kandungan
Minggu ke 3: Embrio mula berkembang. Ia diselaputi oleh mambran uterus. Otak dan sistem saraf tunjang mula berkembang.
Minggu ke 6: Ibu biasanya akan teruk dilanda rasa nak muntah dan mual serta kerap membuang air kecil. Embrio terus berkembang, sekarang dia sudah mempunyai kepala, leher,mata, tangan dan kaki walaupun masih belum sempurna. Denyutan jantungnya mula berfungsi. Otak, saluran darah dan buah pinggang juga mula berfungsi.
Minggu ke 8: Embrio sebenarnya masih kecil lagi, ianya lebih kecil dari ibu jari kaki anda. Jantungnya mula berfungsi untuk mengepam darah. Wajahnya jelas berbentuk seperti wajah manusia. Saiz kepalanya kelihatan lebih besar dari anggota lain.
Minggu ke 12: Pada tahap ini, tali pusat akan berfungsi untuk mengalirkan darah di antara segumpal membran dengan embrio. Membran pada diding rahim inilah yang menyalurkan makanan kepada embrio melalui tali pusat. Pada tahap ini, embrio dikenali sebagai janin. Anggota luar dan dalaman terus berkembang.
Minggu ke 16: Perkembangan berterusan, namun saiznya masih kecil dan masih boleh dimuatkan di dalam sebuah cawan. Badan janin akan diselaputi oleh rerambut halus yang dinamakan 'lanugo'. Ibu akan dapat merasai kehadiran bayi di dalam perutnya kerana mula terdapat pergerakan kecil yang dapat dirasai jauh di dalam kandungan.
Minggu ke 20: Masa ini ibu akan merasa tendangan yang agak kuar di dalam kandungannya. Berat badan ibu akan bertambah. Kepala janin mula ditumbuhi rambut. Janin juga sudah boleh menghisap jarinya.
Minggu ke 24: Perut ibu akan lebih jelas kelihatan pada masa ini. Selera makan akan bertambah. Rasa mual dan nak muntah dari awal kehamilan akan berkurangan. Seluruh badan bayi akan diselaputi oleh 'vernix', secenis krim untuk manjaga kulit bayi. Secara puratanya bayi masa ini berukuran 32 cm.
NC [Klik untuk sambungan...]